Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup Final Leg 1 2010

AFF Suzuki Cup 2010
Final Leg 1
Malaysia [3] vs Indonesia [0]
Stadium Nasional Bukit Jalil
26 Disember 2010
8.00 pm


KAPTEN skuad negara, Safiq Rahim nyata amat gembira apabila pasukan negara berjaya membenam Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang bermati-matian berjuang untuk mencatatkan kemenangan, Safiq berkata ia sekali gus memenuhi impian skuad negara untuk membalas dendam ke atas Indonesia yang membelasah anak buah K Rajagobal 5-1 pada saingan peringkat Kumpulan A, 1 Disember lalu.

“Sudah tentu kami amat gembira kerana misi untuk meraih kemenangan dan membalas dendam akhirnya berjaya dilaksanakan.

“Saya berharap kelebihan tiga gol ini dapat dikekalkan pada perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Bukan saja Shafiq, malah barisan skuad negara yang lain ternyata mempamerkan aksi cemerlang apabila mengubah rentak permainan pada separuh masa kedua sebelum meledakkan tiga gol menerusi Safee Sali dan Mohamad Ashari Samsudin.

sumber artikel : Harian Metro





















Radi Mohamad aka Rubiq
Photographer
@ Sukan Mania/Majalah Stadium
(BIQAperture Photography)

Tel : +6019.354.1379 (prefer sms)
Email : kidnextblock(at)yahoo.com
Blog : www.radiobiq.blogspot.com
Flickr : www.flickr.com/rubiq

Friday, December 17, 2010

AFF Suzuki Cup Semi Final Leg 1 2010

AFF Suzuki Cup 2010
Semi Final Leg 1
Malaysia [2] vs Vietnam [0]
Stadium Nasional Bukit Jalil
15 Disember 2010
8.00 pm

Malaysia berjaya menumpaskan juara bertahan, Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saat kemenangan tersebut disaksikan sendiri oleh kira-kira 50,000 penyokong setia pasukan Malaysia. Kemenangan 2-0 itu adalah hasil jaringan penyerang sensasi Selangor, Safee Sali pada minit ke-60 dan 80.















Radi Mohamad aka Rubiq
Photographer
@ Sukan Mania/Majalah Stadium
(BIQAperture Photography)

Tel : +6019.354.1379 (prefer sms)
Email : kidnextblock(at)yahoo.com
Blog : www.radiobiq.blogspot.com
Flickr : www.flickr.com/rubiq